Mengenai Kami

BUSANA MUSLIMAH ANGGUN™  (BMA) dimiliki oleh INTWONET ENTERPRISE (MA0152305-K) beralamat di JB7007, Jalan Mewah, Taman Mewah, 77300 Merlimau, Melaka. Aktiviti utama BMA adalah menjual baju muslimah, baju nursing, jubah dan kelengkapan pakaian muslimah.

Butik Busana Muslimah Anggun dibuka ISNIN hingga SABTU bermula jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang menawarkan lebih 400 design baju dari 12 jenama terkenal di Malaysia. Setiap minggu, sekurang-kurangnya 10 design baju baru dipamerkan di BMA. Butik kami diserbu pelanggan mencari fesyen terbaru setiap minggu.

Matlamat BMA adalah untuk menyediakan baju muslimah yang berkualiti dan terbaik untuk muslimah-muslimah di Malaysia. Terlalu banyak baju-baju dipasaran yang dijual tidak menepati ciri-ciri sebagai seorang muslimah. Pakaian di BMA bersifat kontemporari, ringkas dan moden serta mencakupi kesesuaian pemakaiannya seperti ke pejabat, riadah, bersiar-siar, acara-acara atau sebagai pakaian harian.

Terlalu banyak juga produk-produk dipasaran tidak menepati ciri-ciri kualiti yang selesa, tampil sopan dan anggun dipakai sepanjang hari. Oleh itu, di BMA kami menghimpunkan semua produk-produk yang terbaik yang menepati tahap kualiti yang kami tetapkan yang pasti menjamin kepuasan semua pelanggan.

Kami juga menawarkan kepada saudara-saudara usahawan Muslim untuk bersama kami memasarkan produk t shirt muslimah dan menggalakkan pemakaian yang menutup aurat. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang sedikit ini mampu mengekang gejala sosial di kalangan masyarakat kita dan dapat meningkatkan keimanan kita kepadaNya. InsyaAllah.


 
     
 

Carta Organisasi

 

 
     
 

Hubungi Kami

BUSANA MUSLIMAH ANGGUN™ 
JB7007, Jalan Mewah, Taman Mewah,
77300 Merlimau, Melaka

Tel 1 : 012-2296944 (Puan Nas)
Tel 2 : 019-8665500 (Cik Wan)
Tel 3 : 06-2631022 (Butik)

busanamuslimahanggun
busanamuslimahanggun
busanamuslimahanggun.com


 
 

Copyright © 2015 Busana Muslimah Anggun. Hakcipta terpelihara.